Thursday, 11 August 2011

Kalau kamu tahu.







Bismillah.


Kalau kamu tahu, betapa resahnya diri ini atas apa yang berlaku, aku yakin, pasti mengalir air matamu.


Kalau kamu tahu, betapa buntunya diri ini dalam menghadapi masalah ini, pasti kamu akan segera beristighfar memohon ampun dari yg Maha Esa atas kekhilafan.


Kalau kamu tahu betapa sunyinya aku melalui hari-hari tanpamu, pasti air matamu akan mengalir lagi.


Tidak tahu macam mana aku mampu jelaskan pada kamu.


Tidak pernah terfikir, untuk mecari yang lain menggantikan dirimu.


Tetapi, ini adalah arahan. Yang mana arahannya cuma, fokuskan kecintaan pada Allah Taala. Atas sebab itu, mungkin si murabbi menyuruh menukar nombor tanpa memberitahu kamu. Agar kamu tidak kecewa lagi, dan agar kamu tidak terluka lagi.


Aku sendiri tidak mampu memberikan kepastian akan hubungan ini. Semoga Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik.


Aku mohon pada kamu, ikhlaskan kembali niat. Kuatkan hati. Lakukanlah segalanya atas kecintaan kamu pada Allah.


Jaga akhlakmu, jaga sakhsiyahmu, jaga kemuliaan dirimu sebagai wanita solehah.


Kalau kamu sedih, tilawahlah.
Kalau kamu kecewa, banyakkanlah tilawah.
Kalau kamu sunyi, tilawahlah.
Kalau kamu diganggu dengan sapaan pergaulan bebas, maka tilawahlah.


Andai kamu penat dengan kerenah manusia, tilawahlah.
Andai tidak ada manusia yg ingin mendengar luahanmu, makan tilawahlah.
Andai ada yang melukakan hatimu lagi, teruskanlah tilawahlah.


Atas segala yang terjadi, jangan sesekali meninggalkan tilawah.
Kamu akan merasai kemanisannya.
Itulah penemanku kini.
Aku harap, kamu juga begitu.


Semoga Allah susun yang terbaik.





:. Menjalani hari-hari sendiri.

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Subahanallah..

tersentuh..muhasabah diri kembali..
al-Quran Nur karim.

Wardatul Syauqah said...

~assalamualaikum~

salam ziarah...
moga kita semua dapat manfaat dari-Nya..
insyaAllah..
salam ramdan...