Friday 29 July 2011

Kebersamaan Allah.


Saya sangat suka satu kata-kata yang selalu diungkapkan oleh murabbi saya. Kata-kata yang seringkali memberi inspirasi kepada saya agar terus tegar berada di jalan dakwah.


Agar kita terus tegar menyeru manusia agar mengabdikan diri kepada Allah. Menafikan segala sembahan-sembahan lain yang berada di bumi ini dan menjadikan hanyasanya Allah sebagi sembahan.


Ketika tu, saya masih baru dalam dunia dakwah. Masih lagi bayi yang masih merangkak-rangkak untuk memahami apakah dakwah. Masa tu pun, setiap kali usrah je, mesti bincang masalah je,  lansung tak ada bahan secara rasmi.


Ungkapan itulah yang selalu murabbi saya ulang-ulangkan,

" Ikhwah fillah, jalan-jalan yang kita lalui ini, tidaklah menjanjikan syurga buat kita. Sekali-kali tidak ! Tapi ikhwah, jalan-jalan yang kita sedang lalui ini (jalan dakwah) membuka peluang kepada kita untuk bertemu orang-orang soleh. membuka peluang kepada kita untuk beramal. Membuka peluang kepada kita, untuk kita merasai nikmatnya mengadu keperitan yang kita hadapi kepada Pencipta kita. "

Hari ini, saya betul-betul merasai apa yang diucapkan oleh murabbi saya keapda saya.






Saudaraku,


Memang begitu hakikat jalan dakwah ini.


Tidak ramai yang mahu serius dalam dakwah ini.


Tidak ramai manusia yang mahu bersama-sama dalam dakwah ini.


Memang dakwah ini amat-amat membutuhkan tenaga kita, wang kita, kecerdasan kita, air mata kita dan segala aset yang ada pada diri kita, semuanya disedut oleh dakwah.


Kita akan disakiti, kita akan dibenci, kita akan dipandang dengan pandangan yang jelek.


Kalau itu tidak kita rasai, ketahuilah, kita masih belum serius untuk dakwah ini.



Namun saudaraku, di sinilah perlunya kita untuk merasai kebersamaan Allah disamping kita. Kita takkan sekali-kali merasa kecewa, andai orang tidak mahu menyahut seruan kita.


Kita tidak sekali-kali akan putus ada, kerana kita jelas bahawa, 


" dakwah aku kerana Allah Taala. "


Betapa tegarnya Rasulullah menyeru manusia kepad Allah, kerana baginda yakin bahawa Allah bersama-sama dengan baginda.


Betapa beraninya Abu Bakar mengikut Rasulullah berhujrah bersama-sama Rasulullah, kerana merasai kebersamaan Allah bersama mereka.



Saudaraku,


Untuk kita merasai kebersamaan Allah, perlunya ada pada diri kita merasakan bahawa kita diperhatikan Allah dalam setiap tindakan kita.


Duduk kita, berdirinya kita, baringnya kita, tatkala kita ramai mahupun berseorangan, kita tetap merasakan Allah memerhatikan kita.


Tatkala kita merasakan kita keseorangan dalam dakwah ini, kita yakin yang Allah memerhatikan kita. Malah Allah menenangkan diri kita dengan ayat-ayat cinta dari Allah,


" Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. "  ( At-taubah : 105) 



" Teruslah bergerak wahai diri. Kerana tatkala kamu merasainya perit dakwah ini, di saat itulah Allah sangat dekat dengan dirimu. "

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Dakwah begitu memerlukan pengorbanan..tp,jika disandarkan kerana Allah..w/pun pahit namun manis juga yg dirasa =)

sy juga pd mulanya tidak mengenali apa sebenarnya erti dakwah..apatah lagi bila saja dikata 'dakwah kita kerana Allah'..bagaimana tu? selalu saja bertanya...

dakwah..sy tak layak(hati berkata)..sungguh sy tak layak..ilmu agama..kurang sungguh yg melekat pd diri...

jika dilakukan semua perkara dlm hidup ini kerana Allah yang Maha Esa...pasti segalanya indah dan itu yg dirasai skrg =)

Alhamdulillah,perkongsian yg baik sekali,maaf meluahkan sedikit..feel better =)

shukran.

. Inilah aku . said...

> Nazihah,

Betul kata saudari. Andai serius dalam dakwah, kena betul-betul niat kerana Allah. Kalau tak, kita akan kecewa.

Sebab tak ramai yang akan menyahut seruan kita.

Allah izin, saya akan kongsiakan lagi.

terima kasih sudi ziarah blog saya. Moga Allah ganjari dengan syurga.