Monday, 25 July 2011

Melihat mereka, tanyalah diri kita.



Bismillaahirrahmaanirrahiim

Satu hari, masa tengah lepak-lepak, seorang kawan tanya aku.

 " Sebab apa kita puasa eh? "


Dan aku lontarkan kembali pertanyaan kepadanya,

” Erm, kau rasa sebab apa kita puasa ? “

Mulalah dia kongsikan dengan aku segala teori-teori yang dia ada.

” Wah ! Mantap gila ko. Tak sia-sia ko ikut usrah selama ni kan. Tak sia-sia murabbi ko didik ko selama ni. Sesungguhnya beruntunglah orang yang ikut usrah, sebab banyak sangat teori yang kita dapat. Tinggal nak praktikkan je. ” (sinis) ^^,

“Cuba ko bukak surah Al-Baqarah ayat 183. Ce tengok apa yang Allah bagitau.


" Hai orang-orang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa. "


Dalam tu kan Allah dah ceritakan sebab apa kita kena puasa. Seharian kita menahan diri dari makan dan minum, dan dari menuruti hawa nafsu kita, agar kita bertakwa.

Natijah dari puasa sepatutnya melahirkan insan-insan yang bertakwa. Yang mengikut segala perintah Allah, ikuti apa yang Allah suruh dan menjauhi apa yang Allah larang.

Kerana puasa = TAKWA !

Tapi kan, kenapa ramai je yang puasa, tapi masih juga tak bertakwa. Buat juga dosa. Kalau tengok kat beberapa masjid, siap buat lagi iftor untuk puasa sunat, tapi orang tetap juga buat maksiat.

Kenapa masih ramai lagi yang tak tutup aurat, yang lengah-lengahkan solat, yang suka buat benda-benda lagho. Apa pendapat ko?

Erm, ko nak aku sorohah (berterus-terang) atau nak aku guna ayat ikhwah?

Pergh, sorohah je la. Sorohah pun ayat ikhwah pe?

Kalau tanya pendapat aku, sepatutnya yang patut dipersalahkan bukan dorang tu. Tapi kita la. Kita yang malas buat kerja sungguh-sungguh. Salah kita tak ajak dorang tu join usrah. Kita yang duduk dalam usrah ni best gila kan, dapat tau kenapa kena puasa.


Tau apa natijahnya. Tapi tak pernah pun ajak orang-orang yang tak dapat kefahaman macam kita ni, untuk bersama-sama dengan kita. Tu dorang jadi macam tu.

( sambil tersenyum manis dan megusap-usap belakang teman)



3 comments:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

salam akhi.
owh anta dhon. boleh ana tahu knp nta tukar blog baru?

apapun teruskn langkahan dhon,
hari ini kita bljr,
moga satu hari nnt kita beljr dan mengajar.

Amin. =D

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik.

terasa dengan 'sorohah' tu =_='

. Inilah aku . said...

> Pelaut Rabbani.

Adei, dah kantoi. Saja. Rasa tenang menulis tanpa dikenali manusia.

Takut dikenali penduduk bumi, tapi dibenci penduduk langit. ^^,


> Nazihah,

Moga keterasaan itu menghasilkan amal. ",)